Bagaimana nak pilih nama domain terbaik untuk laman web? Ini 10 tips mudah yang boleh anda gunakan ketika memilih nama domain.
Tips 1 – Maksimum 2-3 Patah Perkataan
Nama domain dengan 2-3 patah perkataan adalah antara nama domain yang baik. Sebagai contoh, jika anda menjual sayur atau buku, anda boleh gunakan nama seperti ini:-
sayurorganik.com (menggunakan 2 patah perkataan)
bukurujukansekolah.com (menggunakan 3 patah perkataan)
Perkara yang paling penting ianya berjaya menyampaikan maksud laman web anda dan perniagaan yang anda jalankan.
Tips 2 – Pilih Nama Yang Sesuai / Releven
Pilih nama domain yang sesuai dengan perniagaan atau blog kita. Pastikan ia releven dengan maksud atau kandungan yang laman web kita. Sebagai contoh, nama domain BukuRujukanSekolah tadi, secara terus, tanpa perlu berfikir pun kita sudah tahu yang laman web ini berkenaan buku rujukan di sekolah.
Tips 3 – Mudah Diingati
Pastikan nama domain yang digunakan mudah diingati lebih-lebih lagi kumpulan sasaran anda. Pilih nama yang ringkas, padat dan biasa digunakan untuk memudahkan nama domain diingati.
Tips 4 – Mudah Dieja
Pastikan nama domain anda mudah dieja dengan betul. Apabila susah dieja, pelanggan mungkin tersalah eja dan tersasar ke laman web lain. Gunakan ejaan ‘straight forward’ dan tidak ‘fancy’, melainkan itu merupakan itu nama jenama anda. Elakkan ejaan yang mengunakan gabungan Bahasa melayu dan English.
Tips 5 – Mudah Disebut
Mudah disebut juga adalah faktor yang perlu anda fikirkan. Mengunakan istilah saintifik atau bahasa yang sukar difahami juga boleh memberi masalah kepada sasaran anda. Mereka akan sukar untuk mencari laman web anda.
Tips 6 – Unik
Selain itu juga, ada boleh memikir satu nama yang unik tetapi pastikan tidak mengelirukan pelanggan anda atau anda ingin mengunakan nama unik sebagai salah satu jenama anda. Dizaman tular ini, nama laman web anda mungkin boleh tular jika unik dan kreatif.
Tips 7 – Elakkan Guna Nombor
Elakkan untuk gunakan nombor melainkan nama jenama anda mempunyai nombor dan mempunyai nama yang kuat. Ini kerana ia membolehkan mengelirukan pelayar. Sebagai contoh: antara 123.com atau satuduatiga.com atau onetwothree.com.
Tips 8 – Elak Menggabungkan Perkataan Dan Nombor Atau Simbol
Elakkan gabungan perkataan dan nombor atau simbol sewaktu memilih nama domain jika anda syarikat atau jenama yang baharu. Gunakan nama yang mudah dahulu.
Tips 9 – Tidak Gunakan Perkataan Negatif
Ini pasti tidak sesuai dengan lamanweb anda. Lagi-lagi, anda ingin gunakan laman web perniagaan.
Tips 10 – Semak Masih ‘Available’ Atau Tidak
Pastikan nama yang anda inginkan tidak digunakan oleh orang lain. Jika nama tersebut telah digunakan oleh orang lain, anda tidak boleh gunakan nama domain tersebut. Semak nama domain yang anda inginkan dengan Klik https://bit.ly/3Q8Lqpc.
Berita baik! Jika anda gunakan domain .com.my, rebut tawaran harga RM53 dengan masukkan kod promosi ‘my53’ semasa mendaftar keluar (Sehingga 31 Oktober 2023 & terhad kepada 100 terawal).
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan domain impian anda. Bertindak sekarang!
#serverfreak #wordpress #domain #website #Server
Hand-picked related articles
Ways to Improve Your Site’s Ranking (SEO)
Use these actionable tips to take your SEO to the next level and send your website ranking up to the top of the search engine rankings. Gain more visibility, drive organic traffic, and set your…
Benefits Of SEO
Whether it's a new business or growing one, just think of your business popping up on the first page when…
Who Should Use Shared Hosting
If you fall into any of the categories below, shared server hosting might be suitable for you: 1. Small Businesses…
ServerFreak is ISO 27001:2022 certified
Here are 5 great reasons to cheer Firstly, let us tell you about the cert. ISO 27001:2022 is the world’s…