Pempengaruh Media Sosial (Influencer) biasa berinteraksi dengan peminat di platform seperti Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok. Populariti mereka banyak berkembang di platform ini dan digunakan untuk mempromosikan ‘personal branding’ mereka. Ramai merasakan bahawa menggunakan halaman dan akaun percuma di platform ini sudah memadai.
Berikut adalah 5 sebab mengapa Pempengaruh Media Sosial (Influencer) perlu ada Laman web?
1. Kawalan penuh diatas kehadiran dalam talian.
Anda pernah terdengar tentang kisah akaun media sosial anda dikunci atau digantung? Anda pernah dengar tentang platform menukar algoritmanya sehingga anda tidak mendapat view sepatutnya? Pernah terdengar tentang akaun media sosial digodam dan dirampas? Berapa ramai Pempengaruh Media Sosial terpaksa membuka akaun baharu kerana akaunnya telah dirampas?
2. Anda mengawal pengiklanan di lamanweb anda.
Apa perasaan anda, jika video anda di media sosial diletakkan iklan yang secara tidak langsung menganggu tontonan video anda? Lagi-lagi anda sedang mempromosi produk tajaan, muncul pula iklan jenama pesaing. Ini normal kerana platform media sosial menyiarkan iklan supaya mereka boleh membuat wang. Berbeza jika ada mempunyai laman web sendiri, anda boleh mengawal iklan yang akan berada di dalam laman web anda. Anda boleh menyiarkan iklan untuk produk, perkhidmatan, langganan anda sendiri dan banyak lagi di laman web anda tanpa sebarang kos kepada anda. Sudah tentu, anda boleh membuka kedai di Amazon untuk menjual produk. Tetapi kemudian anda perlu memberi mereka potongan.
3. Laman Web memberi anda tempat untuk mempamerkan semua kerja anda.
Sebagai influencer, pasti anda mempunyai banyak kandungan yang hebat untuk dikongsikan dengan peminat dan bakal client anda. Anda boleh pamerkan semua kerja anda, sama ada foto, video atau catatan blog. Ini ialah cara yang bagus untuk menunjukkan kepada bakal client perkara yang boleh anda lakukan, dan ini juga boleh membantu anda menarik pengikut baharu.
4. Laman Web memberikan anda penampilan yang lebih profesional.
Anda akan kelihatan lebih profesional dan boleh dipercayai, yang boleh membantu anda menarik peluang yang lebih baik. Jenama lebih cenderung untuk bekerjasama dengan influencer yang mempunyai laman web kerana ia menunjukkan bahawa anda serius tentang kerjaya anda.
5. Laman web membantu anda menonjol daripada orang ramai.
Terdapat berjuta-juta pengaruh media sosial di luar sana tetapi hanya peratusan kecil yang benar-benar mempunyai laman web. Dalam dunia yang semua orang berada di media sosial, mempunyai tapak web boleh membantu anda menonjol lebih daripada orang ramai.
Secara ringkasnya:
Sebagai pempengaruh, akaun media sosial anda adalah penting untuk berinteraksi dengan khalayak anda. Tetapi platform tersebut hanyalah satu bahagian yang tidak menjamin populariti anda. Laman web memberi anda lebih fleksibiliti. Oleh itu, jadilah yang terawal yang mempunyai laman web sendiri dengan hubungi kami sekarang ditalian berikut:
Hana- https://wassap.my/60193788829
Rodziah-https://wassap.my/60193788832
Syafiqah https://wassap.my/60193788825
Hand-picked related articles
Ways to Improve Your Site’s Ranking (SEO)
Use these actionable tips to take your SEO to the next level and send your website ranking up to the top of the search engine rankings. Gain more visibility, drive organic traffic, and set your…
Benefits Of SEO
Whether it's a new business or growing one, just think of your business popping up on the first page when…
Who Should Use Shared Hosting
If you fall into any of the categories below, shared server hosting might be suitable for you: 1. Small Businesses…
ServerFreak is ISO 27001:2022 certified
Here are 5 great reasons to cheer Firstly, let us tell you about the cert. ISO 27001:2022 is the world’s…