WAJIB BACA DAHULU SEBELUM BUKA WEBSITE ANDA

Ramai yang berminat untuk membuka laman web perniagaan mereka sendiri. Ramai yang mula sedar, laman web dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan-pelanggan mereka. Disamping itu, penjenamaan mereka juga menjadi lebih baik. Walaubagaimanapun, kebanyakkan mereka tidak tahu bagaimana untuk membukanya.

Sebelum membuka website untuk perniagaan anda, ada beberapa perkara yang perlu anda kaji. Ini menjadikan website anda lebih baik apabila dilancarkan nanti. Berikut adalah beberapa perkara yang penting untuk anda pertimbangkan.

Pastikan apakah tujuan utama website anda? Adakah untuk menjual produk atau perkhidmatan, untuk memberi maklumat tentang perniagaan anda, atau untuk meningkatkan jangkaan pengalaman pelanggan. Tetapkan dahulu sebelum pergi ke Langkah seterusnya.

Siapakah sasaran anda? Anda perlu memahami siapa pelanggan anda dan apa yang akan dicari oleh pelanggan anda nanti.

Apa jenis kandungan yang akan anda sediakan dalam website anda. Antara pilihan yang ada adalah  maklumat produk atau perkhidmatan, ulasan atau pengalaman pelanggan, atau artikel berkaitan dengan industri anda.

Strukturkan website anda seperti yang anda inginkan. Adakah ia bersifat responsif dan mudah diakses melalui telefon pintar dan tablet. Adakah ia mudah untuk bergerak di dalam website dan mencari kandungan yang diperlukan.

Reka Bentuk atau design laman web anda perlu dirancang. Adakah reka bentuk website anda sesuai dengan identiti visual perniagaan anda. Pastikan ia menarik dan mempunyai elemen visual yang jelas dan menarik untuk memberi pengalaman yang baik untuk pelanggan anda.

Adakah anda memahami bagaimana mengoptimumkan website anda untuk mesin carian seperti Google. Adakah anda mempunyai strategi SEO yang kuat untuk meningkatkan visibiliti website anda dalam hasil carian.

Adakah anda sudah bersedia dengan mempunyai pelan pemasaran yang menyeluruh untuk mempromosikan website anda dan menjadikannya popular di kalangan pelanggan anda. Ini adalah faktor kejayaan website anda.

Adakah anda mempunyai anggaran untuk membiayai pembangunan, penyelenggaraan dan promosi website anda? Anggaran ini memudahkan anda untuk menjalankan laman web anda. Anda tidak pasti berapa kosnya? Jangan risau, boleh layari www.serverfreak.com atau hubungi +603-2780 3873 untuk informasi lanjut.

Make the switch to great hosting today!

Enjoy a risk-free trial with our 30-day money-back guarantee!

Make the switch to great hosting today!

Enjoy a risk-free trial with our 30-day money-back guarantee!

Leave the first comment