Apabila pelanggan kami ingin mendaftarkan domain perniagaan, soalan ini selalu ditanyakan kepada kami. Baca artikel ini untuk dapatkan pemahaman yang lebih baik. Kenapa anda perlu faham dan tahu tentang perkara ini?
1. Nama domain ini akan didaftarkan untuk tempoh paling kurang setahun
2. Ianya tidak boleh ditukar nama melainkan anda perlu daftar domain yang baru.
3. Jika anda tersilap daftar domain, anda tidak boleh membaiki nama domain tersebut.
Apa itu Domain .my?
Domain .my merupakan country-code top-level domains (ccTLD) dimana ia mempamerkan kod negara bagi domain tersebut.
Apa itu ccTLD?
ccTLD merupakan salah satu kategori top-level domain (TLD) dan boleh dikenalpasti berdasarkan kod dua huruf terakhir bagi domain negara tersebut.
CONTOH: kod bagi negara Malaysia adalah “my”. Maka semua domain yang berakhir dengan.my menunjukkan website itu datang daripada negara Malaysia.
Sebagai pengurus nama domain Malaysia, MYNIC menyediakan perkhidmatan pendaftaran nama domain yang unik untuk sesebuah organisasi atau individu seperti:-
- .my
- .com.my
- .org.my
- .net.my
- edu.my
- mil.my
- name.my
FAKTA MENARIK
1. Pengaktifan Domain .my hanya mengambil masa beberapa jam mengikut pendaftar
2. Semua domain yang berakhir dengan my, .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my. mempunyai fungsi tersendiri dan terhad kepada pemohon tertentu sahaja.
3. Domain .my untuk semua organisasi atau individu warganegara Malaysia.
4. Domain .com.my untuk organisasi atau aktiviti komersial seperti syarikat.
5. Domain .net.my untuk organisasi atau aktiviti yang berkaitan dengan rangkaian
6. Domain .org.my untuk pertubuhan atau organisasi.
7. Domain .name.my untuk semua individu yang tinggal di Malaysia
8. Domain .edu.my untuk organisasi pendidikan Malaysia sahaja
9. Domain .gov.my untuk kerajaan Malaysia sahaja.
10. Domain .mil.my untuk ketenteraan Malaysia sahaja.
Kesimpulannya, jika anda mendaftar domain sebagai individu, anda hanya boleh mendaftar domain .my atau .name.my. Manakala anda ingin mendaftar organisasi ataupun syarikat, anda boleh mendaftar domain .my, .com.my dan .org.my.
Hand-picked related articles
Ways to Improve Your Site’s Ranking (SEO)
Use these actionable tips to take your SEO to the next level and send your website ranking up to the top of the search engine rankings. Gain more visibility, drive organic traffic, and set your…
Benefits Of SEO
Whether it's a new business or growing one, just think of your business popping up on the first page when…
Who Should Use Shared Hosting
If you fall into any of the categories below, shared server hosting might be suitable for you: 1. Small Businesses…
ServerFreak is ISO 27001:2022 certified
Here are 5 great reasons to cheer Firstly, let us tell you about the cert. ISO 27001:2022 is the world’s…