Nama domain akan menjadi suatu yang penting sebelum anda memula proses pemasaran dan sebagainya. Domain dianggapkan sebagai nama atau alamat rasmi perniagaan atau blog kita. Â
Domain .com biasanya lebih banyak digunakan oleh peniaga dan pemilik website diluar sana. Â Bagaimana pula dengan domain .com.my? Ramai mengatakan Domain .com.my ini mahal dan sukar. Ini kerana anda perlu menghantar salinan kad pengenalan dan sijil perniagaan anda.
Namun tahukah anda, ada beberapa sebab utama domain-domain Malaysia ini lebih memberi impak dalam perniagaan online atau blog anda? Di sini kami berikan beberapa sebab utama mengapa domain .com.my ini akan memberi impak kepada anda :
- Identiti Perniagaan di Malaysia
Sebelum ini, kita lebih berminat dengan domain .com. Mungkin ingin nampak lebih besar dan sebuah syarikat antarabangsa kita lebih gemar gunakan domain .com. Namun apabila dikaji semula, dimanakah target audience anda yang sebenar? Jika pelanggan atau viewers anda lebih tertumpu di Malaysia sahaja. Disarankan lebih baik untuk menggunakan .com.my kerana lebih menampakkan identiti perniagaan atau blog anda berasal dari Malaysia.
- Mempengaruhi Ranking di Google (SEO)
Google lebih menyukai nama domain yang lebih targeted. Ramai tidak perasan tentang ini. Sebagai contoh,perniagaan anda di Malaysia dan nama juga dari Malaysia. Ini penting kerana pelanggan atau viewers akan mencari produk atau servis yang mereka mahukan di enjin cariaan. Jika nama domain dan content laman web anda adalah baik dan targeted, ia akan membolehkan laman web anda untuk berada di ranking yang baik di enjin carian khususnya Google.
- Lebih Diyakini
Rasa ragu-ragu yang dirasai oleh pelanggan pasti ada jika membeli-belah di sebuah laman web kerana takut ditipu dan sebagainya. Mana-mana domain .com.my atau .my perlu berdaftar dan dikawal sepenuhnya oleh Mynic (badan kerajaan). Sekiranya berlaku penipuan atau scam dari laman web .com.my, kita boleh membuat aduan kepada badan kerajaan dan tindakan boleh diambil kepada pemilik domain/perniagaan tersebut. Maka, ianya lebih terjamin jika dibandingkan dengan .com yang masih tiada pengawasan.
- Lebih Banyak Pilihan
Jika dibandingkan dengan .com, .com.my lebih mempunyai banyak pilihan nama. Ini kerana, .com adalah domain antarabangsa dimana seluruh dunia sebelum ini menggunakan domain .com. Maka, pemilihan nama domain lebih terhad jika menggunakan .com kerana ada kemungkinan nama tersebut telah dibeli oleh orang lain sebelum ini. Berbanding dengan .com.my, nama domain tersebut dibuka pada entiti perniagaan atau individu yang berada di Malaysia, maka pemilihan nama adalah lebih luas.
TAWARAN TERHAD: Dapatkan domain .com.my anda hanya dengan RM53! (Sehingga 31 Oktober 2023)
1. Klik https://bit.ly/3Q8Lqpc
2. Masukkan kod promosi ‘my53’ semasa pembayaran
Miliki domain .com.my anda dengan harga yang menakjubkan sekarang. Terhad kepada 100 orang sahaja.
Hand-picked related articles
Ways to Improve Your Site’s Ranking (SEO)
Use these actionable tips to take your SEO to the next level and send your website ranking up to the top of the search engine rankings. Gain more visibility, drive organic traffic, and set your…
Benefits Of SEO
Whether it's a new business or growing one, just think of your business popping up on the first page when…
Who Should Use Shared Hosting
If you fall into any of the categories below, shared server hosting might be suitable for you: 1. Small Businesses…
ServerFreak is ISO 27001:2022 certified
Here are 5 great reasons to cheer Firstly, let us tell you about the cert. ISO 27001:2022 is the world’s…