5 SEBAB ANDA PERLU TAHU KENAPA WEBSITE MASIH RELEVAN UNTUK BISNES ANDA
Semasa Wabak Covid-19 menganas sebelum ini, antara yang memberi kesedaran kepada kita adalah tentang kepentingan perniagaan secara atas talian. Perniagaan sebelum ini yang berurusan secara fizikal bertukar serta merta kepada perniagaan atas talian. Walaubagaimanapun, ada juga perniagaan yang terpaksa gulung tikar kerana tidak memilih untuk berurusan atas talian.
Pelbagai platform digital digunakan untuk membuat urusan jual beli lebih mudah. Platform yang biasa digunakan oleh peniaga-peniaga adalah shopee, Lazada, facebook, Instagram dan terbaharu ini iaitu Tik Tok. Persoalan untuk ini adakah perlu kita mempunyai website sendiri untuk perniagaan kita?
Ini 5 SEBAB yang mungkin membuat anda berfikir semula:-
PERNIAGAAN ANDA BEROPERASI SECARA 24 JAM TANPA HENTI
Berniaga mengunakan website ibarat membuka kedai anda tanpa tutup. Ia membuatkan bisnes anda dapat beroperasi sepanjang masa dan mengikut kesesuaian masa pelanggan. Tidak kira masa, pelanggan dapat membeli barangan anda.
LOKASI PERNIAGAAN YANG FLEKSIBEL
Walaupun di mana anda berada, anda boleh menjalankan perniagaan kita. Malah, pelanggan anda juga tidak akan terhad untuk sesuatu lokasi sahaja. Siapa sahaja boleh menjadi pelanggan anda walaupun anda berada di Selangor dan Pelanggan anda berada di Sabah. Semakin besar peluang bukan?
KUATKAN PENJENAMAAN BISNES ANDA
Jika tidak setuju, cuba nyatakan jenama-jenama besar yang tidak mempunyai Website sendiri. Tiada bukan? Hampir mustahil untuk kita mencari jenama besar yang tidak mempunyai website. Website memudahkan pelanggan kita untuk mencari informasi yang tepat tentang jenama kita.
MEDIUM PEMASARAN DIKAWAL OLEH ANDA SENDIRI
Anda bebas untuk mengendalikan strategi pemasaran di website anda sendiri. Anda boleh memilih produk atau tawaran apa yang anda ingin sampaikan kepada pelayar-pelayar website anda. Paling penting, tawaran anda tidak terikat dengan pengendali platform. (Contoh: Kos Penghantaran, Baucar dan Lain-lain)
KOS YANG LEBIH RENDAH
Perkataan kos tidak asing dengan perniagaan. Kos adalah perkara paling penting kita perlu jaga. Lebih kurang kos, lebih banyak keuntungan untuk perniagaan kita. Jika nak dibandingkan harga sewa kedai dan website. Harga sewa kedai lebih tinggi daripada website. Bermula dengan RM420 setahun anda boleh mempunyai website perniagaan sendiri.
Nak bina Website dengan kos serendah RM35 sebulan?
Daftar sekarang di www.serverfreak.com atau berhubung dengan live chat kami.
Hand-picked related articles
Ways to Improve Your Site’s Ranking (SEO)
Use these actionable tips to take your SEO to the next level and send your website ranking up to the top of the search engine rankings. Gain more visibility, drive organic traffic, and set your…
Benefits Of SEO
Whether it's a new business or growing one, just think of your business popping up on the first page when…
Who Should Use Shared Hosting
If you fall into any of the categories below, shared server hosting might be suitable for you: 1. Small Businesses…
ServerFreak is ISO 27001:2022 certified
Here are 5 great reasons to cheer Firstly, let us tell you about the cert. ISO 27001:2022 is the world’s…